Pengarah – ZAD https://www.zadgroup.com.my/site Setiausaha Syarikat, Perakaunan, Percukaian, Audit dan Perunding Profesional Syarikat Malaysia Fri, 25 Mar 2022 11:06:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 Hilang Kelayakan (2) https://www.zadgroup.com.my/site/pendaftaran-syarikat-roc/orang-yang-hilang-kelayakan-sebagai-pengarah-disabitkan-kesalahan-oleh-mahkamah/ Fri, 25 Mar 2022 07:28:08 +0000 https://www.zadgroup.com.my/site/?p=7469
Pendaftaran Syarikat (ROC)

Orang yang Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (Disabitkan Kesalahan oleh Mahkamah)

Apakah sabitan kesalahan Mahkamah yang boleh menyebabkan seseorang hilang kelayakkan sebagai pengarah?
1. Disabitkan kesalahan berhubung dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan perbadanan; atau

2. Disabitkan kesalahan melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan; atau

3. Disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 213, 217, 218, 228 dan 539 Akta Syarikat 2016.
Apakah sekatan ke atas seseorang yang telah disabitkan kesalahan? (Kesalahan seperti yang dinyatakan pada jawapan soalan no.1)
1. Tidak boleh menjadi seorang pengarah; dan

2. Tidak boleh mengambil bahagian dalam pengurusan mana mana syarikat secara langsung atau tidak langsung
Saya seorang yang telah disabitkan kesalahan dan pada masa yang sama merupakan pengarah syarikat. Apakah tindakan yang perlu diambil? (Kesalahan seperti yang dinyatakan pada jawapan soalan no.1)
Anda perlu dengan serta merta:

1. Memaklumkan kepada lembaga pengarah dan setiausaha syarikat berkenaan kebankrapan anda;

2. Meletakkan jawatan sebagai pengarah dan meminta setiausaha syarikat mengemaskini perletakan jawatan anda menerusi serahsimpan Borang Seksyen 58 Notification Of Change In The Register Of Directors, Managers And Secretaries kepada SSM;

3. Memastikan bilangan pengarah dalam syarikat tidak kurang daripada 2 bagi syarikat awam atau tidak kurang dari 1 bagi syarikat persendirian selepas perletakkan jawatan. Sekiranya berlaku, pastikan pengarah baru dilantik sebelum perletakkan jawatan anda berkuatkuasa.
Bilakah seseorang yang telah disabitkan kesalahan di Mahkamah boleh bertindak sebagai pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat?
1. Selepas 5 (lima) tahun dari tarikh sabitan; atau
2. Jika dihukum penjara, selepas 5 (lima) tahun dari tarikh dibebaskan.
Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang telah disabitkan kesalahan di Mahkamah sekiranya ingin bertindak sebagai pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat sebelum tamat tempoh 5 (lima) tahun?
Memohon keizinan dari Mahkamah. ​
Apakah hukuman sekiranya seorang yang telah hilang kelayakan menjadi pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat?
​Penjara 5 tahun atau RM 1,000,000 atau kedua-duanya.​​
]]>
Hilang Kelayakan https://www.zadgroup.com.my/site/pendaftaran-syarikat-roc/orang-yang-hilang-kelayakan-sebagai-pengarah-bankrap/ Fri, 25 Mar 2022 07:12:10 +0000 https://www.zadgroup.com.my/site/?p=7450
Pendaftaran Syarikat (ROC)

Orang yang Hilang Kelayakan Sebagai Pengarah (Bankrap)

Apakah sekatan-sekatan sekiranya saya telah diisytiharkan bankrap?
1. Tidak boleh menjadi seorang pengarah; dan

2. Tidak boleh mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat secara langsung atau tidak langsung
Saya seorang yang bankrap dan pada masa yang sama merupakan pengarah syarikat. Apakah tindakan yang perlu diambil?
Anda perlu dengan serta merta:

1. Memaklumkan kepada lembaga pengarah dan setiausaha syarikat berkenaan kebankrapan anda;

2. Meletakkan jawatan sebagai pengarah dan meminta setiausaha syarikat mengemaskini perletakan jawatan anda menerusi serahsimpan Borang Seksyen 58 Notification Of Change In The Register Of Directors, Managers And Secretaries kepada SSM;

3. Memastikan bilangan pengarah dalam syarikat tidak kurang daripada 2 bagi syarikat awam atau tidak kurang dari 1 bagi syarikat persendirian selepas perletakkan jawatan anda.
Saya masih belum dilepaskan dari kebankrapan. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ingin menjadi pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat dalam tempoh kebankrapan?
Anda dikehendaki :

1. Memohon keizinan dari Pegawai Penerima; atau

2. Memohon keizinan dari Mahkamah
Apakah hukuman sekiranya seorang bankrap bertindak sebagai pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat?
Penjara 5 (lima) tahun atau denda RM 1,000,000.00 atau kedua-duanya.
]]>