Pendaftaran – ZAD https://www.zadgroup.com.my/site Setiausaha Syarikat, Perakaunan, Percukaian, Audit dan Perunding Profesional Syarikat Malaysia Sat, 07 Jan 2023 15:49:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan https://www.zadgroup.com.my/site/pendaftaran-perniagaan-rob/kaedah-kaedah-pendaftaran-perniagaan/ Fri, 25 Mar 2022 12:31:01 +0000 https://www.zadgroup.com.my/site/?p=7575
Pendaftaran Perniagaan (ROB)

Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) (No. 2) 2020

Apakah definisi perniagaan atas talian?
Perniagaan atas talian bermaksud orang yang menjalankan perniagaan atas talian dengan tujuan membekalkan barang atau perkhidmatan melalui laman web, aplikasi web atau pasaran dalam talian, atau melalui cara elektronik lain yang berkaitan dengan laman web, aplikasi web atau pasar dalam talian.

Menurut MDEC, menerangkan perniagaan atas talian sebagai eCommerce yang merujuk kepada "pembelian dan penjualan produk melalui internet, dan perkhidmatan yang menyokong aktiviti tersebut, termasuk pemasaran, pengembangan platform penjualan dalam talian, perkhidmatan penghantaran, dan banyak lagi".
Adakah perniagaan atas talian perlu didaftarkan?
Seperti mana-mana perniagaan lain, perniagaan dalam talian hendaklah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197].
Adakah perniagaan atas talian yang didaftarkan perlu untuk mematuhi undang-undang yang mengawal perniagaan?
Keperluan untuk mematuhi Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 serta undang-undang lain yang mengawal perniagaan hendaklah terpakai kepada perniagaan dalam talian serta penerbitan dalam talian dan media elektronik.
Apakah tujuan pindaan tersebut?
Objektif pindaan diadakan adalah untuk menerangkan peraturan-peraturan yang terpakai kepada perniagaan atas talian.

Pindaan tersebut bertujuan untuk-

(a) memudahkan urusan perniagaan atas talian;

(b) melindungi pengguna mendapatkan maklumat perniagaan atas talian yang sahih dan tepat;

(c) menjamin integriti para peniaga daripada aspek ketelusan dalam perniagaan atas talian yang berdaftar; dan

(d) memberi keyakinan kepada para pembeli yang berurusan dengan pihak yang menjalankan perniagaan atas talian berdaftar tersebut.
Apakah pindaan yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) (No. 2) 2020 [P.U.(A) 140/2020]?

Melalui pewartaan Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) (No. 2) 2020, pindaan adalah seperti berikut:

(a) Kaedah 13 – Pameran Perakuan Pendaftaran;

(b) Kaedah 13A – Mempamerkan Papan Tanda;

(c) Borang A Jadual Pertama – Pendaftaran Perniagaan; dan

(d) Borang B Jadual Pertama – Pendaftaran Perubahan Butiran Perniagaan.
Adakah perniagaan yang dijalankan atas talian perlu mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran perniagaan sebagaimana diperuntukkan di bawah Kaedah 13?

​Kaedah 13 dipinda untuk memastikan nama perniagaan dan nombor pendaftaran perniagaan atas talian hendaklah dipamerkan di laman web, mana-mana platform sosial media dan pasaran dalam talian. Keperluan ini adalah sama seperti keperluan yang dikenakan keatas perniagaan fizikal seperti keperluan untuk mempunyai papan tanda yang mempamerkan nama dan nombor pendaftaran perniagaannya.
Bagaimana pula sekiranya perniagaan dijalankan melalui premis tetap/fizikal serta secara atas talian juga?
​Dalam kes seperti ini, peniaga dikehendaki mematuhi keperluan yang terpakai terhadap premis tetap/fizikal dan juga secara atas talian.
Apakah alamat yang perlu didaftarkan jika perniagaan atas talian tidak mempunyai tempat perniagaan tetap atau fizikal?
​Kaedah 13 juga dipinda agar alamat kediaman dianggap sebagai tempat perniagaan jika perniagaan atas talian tersebut tidak mempunyai tempat perniagaan tetap atau fizikal.
Adakah perniagaan atas talian perlu mempamerkan papan tanda sebagaimana diperuntukkan di bawah Kaedah 13A?
Kaedah 13A telah dipinda untuk mengecualikan perniagaan atas talian daripada keperluan untuk mempamerkan papan tanda perniagaan di alamat berdaftarnya sekiranya alamat kediaman digunakan sebagai tempat berdaftar dan tempat perniagaan.
Apakah pindaan kepada Borang A dan Borang B?
Borang A dan Borang B dipinda agar perniagaan atas talian perlu memasukkan alamat URL sebagai alamat perniagaan atas talian tersebut di laman web, mana-mana platform sosial media dan pasaran dalam talian perniagaan tersebut, termasuk cawangan.
Jika nama perniagaan adalah selain daripada nama yang didaftarkan untuk perniagaan atas talian, adakah nama perniagaan atas talian yang berdaftar itu perlu juga dipamerkan di laman web, aplikasi web atau pasaran dalam talian sebagai rujukan?

​Ya. Contohnya: Nama perniagaan (dimiliki sepenuhnya oleh ABC Enterprise).
]]>
Cetakan Perakuan Pendaftaran https://www.zadgroup.com.my/site/pendaftaran-perniagaan-rob/cetakan-perakuan-pendaftaran-percuma-bencana-alam/ Fri, 25 Mar 2022 12:13:39 +0000 https://www.zadgroup.com.my/site/?p=7563
Pendaftaran Perniagaan (ROB)

Cetakan Perakuan Pendaftaran Percuma (Bencana Alam)

Apakah yang dimaksudkan dengan Inisiatif Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam
Insiatif SSM ini diwujudkan bagi membantu komuniti perniagaan yang terkesan dengan bencana alam untuk mendapatkan “Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam".
Siapakah yang layak untuk memohon inisiatif ini?
Pemilik perniagaan yang terlibat/ terkesan dengan bencana alam di Malaysia.
Apakah syarat, kriteria dan panduan pelaksanaan bagi inisiatif ini?
a) Pemilik perniagaan yang terkesan boleh hadir ke Kaunter Perkhidmatan SSM di seluruh negara;

b) Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D/E) sahaja yang diberikan kepada pemilik perniagaan yang terlibat dengan bencana alam di Malaysia;

c) Perakuan Pendaftaran perniagaan diberi sekali sahaja bagi setiap perniagaan di alamat Utama atau/ dan Cawangan;

d) Pemilik perniagaan perlu mengemukakan laporan polis atau dokumen berkaitan yang membuktikan bencana berlaku di premis perniagaan/ alamat kediaman pemilik perniagaan tersebut;

e) Tempoh pengecualian ini hanya berkuatkuasa dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya bencana alam.
Siapa yang saya boleh hubungi jika terdapat persoalan berbangkit berhubung permohonan ini?
​Sila majukan emel pertanyaan ke enquiry@ssm.com.my atau hubungi kami di talian 03-7721 4000.​
]]>
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) https://www.zadgroup.com.my/site/pendaftaran-perniagaan-rob/skim-pendaftaran-perniagaan-prihatin-sppp/ Fri, 25 Mar 2022 11:58:56 +0000 https://www.zadgroup.com.my/site/?p=7547
Pendaftaran Perniagaan (ROB)

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Apakah itu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)?
​Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah penjenamaan semula bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkanalkan pada 1 Januari 2017 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran.

Berkuatkuasa pada 22 Disember 2020, Skim ini dibuka kepada golongan usahawan belia dan ibu tunggal dalam kumpulan berpendapatan B40 bersama-sama dengan golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi.

Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM ini dilancarkan dan diperluaskan kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan.​
Apakah pengecualian fi yang disediakan di bawah SPPP?
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.

Pengecualian Fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

(a) Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun;

(b) Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun; dan

(c) Cetakan maklumat – RM10.
Siapakah yang layak memohon SPPP?
(a) Kategori Usahawan Kumpulan B40:

1. Pemegang MyKad/MyPR berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;

2. Penerima Bantuan Prihatan Nasional (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan

3. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

(b) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:

1. Pemegang MyKad/MyPR berumur berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;

2. Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan

3. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Bagaimanakah cara untuk memohon SPPP?
Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my. Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu. Sila rujuk Tatacara Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz dan Tatacara Pengguna Ezbiz Pendaftaran Perniagaan Baru (Skim Pendaftaran Perniagaan Baru)​.​​  Dokumen yang perlu dilampirkan semasa memajukan permohonan SPPP adalah:

4.1 Dokumen bagi Usahawan Kumpulan B40:
Bukti pengesahan menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atas nama sendiri atau No. Mykad/MyPR pemohon.

4.2 Dokumen bagi Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:
Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/ IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Lain-lain soalan berkaitan:
5.1 Saya seorang usahawan yang berpendapatan M40. Adakah saya layak untuk memohon skim ini?

Tidak layak. Skim ini khas untuk usahawan yang mempunyai rekod sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Setiap individu hanya layak untuk menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.


5.2 Saya berpendapatan B40 tetapi tidak pernah membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) BPN 2.0 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dari kerajaan. Adakah saya layak memohon skim ini?

Tidak layak. Hanya individu yang mempunyai rekod di pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sahaja dibenarkan. Setiap individu hanya layak menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.


5.3 Saya merupakan pasangan kepada usahawan yang memohon BPN/BPR (tiada rekod nama saya di pangkalan data BPN/BPR di LHDN) dan saya ingin mendaftarkan perniagaan melalui skim ini. Adakah saya layak memohon?

Tidak layak. Hanya individu yang mempunyai rekod di pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sahaja yang dibenarkan. Setiap individu hanya layak menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.


5.4 Saya ingin mendaftarkan perniagaan secara perkongsian dengan rakan kongsi bukan dari kategori yang disebutkan. Adakah saya layak mendaftarkan perniagaan menggunakan skim ini?

Tidak layak. Pendaftaran perniagaan secara perkongsian melalui skim ini hendaklah terdiri daripada rakan kongsi dari kategori kumpulan yang layak. Setiap individu akan hilang kelayakan selepas menggunakan skim ini kerana skim ini hanya boleh digunakan untuk satu kali pendaftaran perniagaan sahaja.


5.5 Saya merupakan pelajar IPTA yang mempunyai perniagaan berdaftar dan masih belum menggunakan S1P1P. Saya berminat untuk mendaftarkan satu lagi perniagaan menggunakan SPPP. Adakah saya layak memohon?

Tidak layak. Hanya individu dari golongan Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar IPT yang tidak mempunyai entiti perniagaan yang masih aktif di pangkalan data SSM sahaja yang layak memohon.
]]>
Perniagaan Atas Talian https://www.zadgroup.com.my/site/pendaftaran-perniagaan-rob/perniagaan-atas-talian/ Fri, 25 Mar 2022 11:50:38 +0000 https://www.zadgroup.com.my/site/?p=7538
Pendaftaran Perniagaan (ROB)

Perniagaan Atas Talian

Apakah kriteria perniagaan atas talian (online) yang perlu didaftarkan di SSM?
Setiap perniagaan sepenuh masa yang dijalankan oleh individu secara atas talian bagi tujuan mendapatkan keuntungan perlu berdaftar dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.​
Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan perniagaan atas talian?
Caranya adalah sama seperti mendaftarkan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.

Panduan Pendaftaran Perniaga​​an​​​​ :

https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/Forms/PANDUAN-PENDAFTARAN-PERNIAGAAN-BARU.pdf
Apa yang akan berlaku sekiranya saya tidak mendaftarkan perniagaan atas talian dengan SSM?
Kegagalan mendaftarkan perniagaan boleh mengakibatkan seseorang individu didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya. Sesuatu perniagaan atas talian yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan undang-undang kerana perjalanan perniagaan itu sendiri adalah sesuatu yang tidak sa​h disisi undang-undang.
Apa kelebihan mendaftarkan perniagaan atas talian dengan SSM?
Kelebihan yang diperolehi adalah seperti berikut :

• Perniagaan tersebut telah menjadi sebuah entiti yang sah.

• Keyakinan pengguna untuk berurusan dengan sesebuah perniagaan adalah lebih tinggi.

• Membantu memudahkan pengguna membuat verifikasi maklumat perniagaan.

• Pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan prospek perniagaan.
]]>
Pendaftaran Perniagaan https://www.zadgroup.com.my/site/pendaftaran-perniagaan-rob/pendaftaran-perniagaan/ Fri, 25 Mar 2022 11:08:47 +0000 https://www.zadgroup.com.my/site/?p=7493
Pendaftaran Perniagaan (ROB)

Pendaftaran Perniagaan

Apakah syarat untuk mendaftarkan perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian?
Perniagaan mestilah memenuhi taksiran “Perniagaan” dibawah seksyen 2, APP 1956 dan KPP 1957.

Perniagaan dijalankan mestilah berperasi di Semenanjung Malaysia atau Wilayah Persekutuan Labuan

Pemilik/rakan kongsi mesti:
• Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
• Berumur 18 tahun dan ke atas
Apakah bentuk perniagaan yang boleh didaftarkan?
Terdapat 2 bentuk perniagaan iaitu :

• Perniagaan milikan tunggal (seorang pemilik)

• Perniagaan perkongsian (2 sehingga 20 orang pemilik)
Bagaimana cara untuk mendaftar perniagaan baharu?
A. Pemilik menggunakan seperti nama sendiri seperti di dalam Kad Pengenalan (MyKad/MyPR):

• Perniagaan didaftar seperti Ali bin Ahmad, Leong Ah Keong, Lechumy A/P Mutusamy

• FI pendaftaran adalah RM30.00

• Fi maklumat perniagaan adalah RM10.00

• Milikan tunggal sahaja (Pertambahan rakankongsi tidak dibenarkan)

B. Pemilik menggunakan nama tred sebagai nama perniagaan:

• Nama perniagaan direka/dicipta untuk tujuan komersial sesuai dengan aktiviti/jenis perniagaan yang didaftarkan. Contoh: Perkhidmatan Indah Jaya, Restoran Ali Maju

• Fi pendaftaran perniagaan adalah RM60.00

• Fi maklumat perniagaan adalah RM10.00

• Milikan tunggal atau perkongsian
Bagaimana cara mengemukakan permohonan pendaftaran?
A. Pendaftaran melalui perkhidmatan ezbiz Online (ezbiz.ssm.com.my​)

Perkhidmatan ezbiz Online adalah diwajibkan untuk digunakan oleh pemohon bagi mendaftarkan perniagaan. Sila rujuk panduan pendaftaran perniagaan di portal SSM.

• Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu

• Setiap pemilik / rakan kongsi perlu mendaftar sebagai pengguna Ezbiz Online . Sila rujuk Panduan Mendaftar Akaun Penggu​​na Ezbiz​​

• Pemegang akaun pengguna Ezbiz boleh melaksanakan transaksi pendaftaran baru, perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan pendaftaran dan penamatan

B. Perkhidmatan melalui kaunter SSM (Alternatif sekiranya terdapat masalah teknikal pada system Ezbiz dan jika ada permohonan yang perlu dilaksanakan di kaunter seperti perintah mahkamah
Lengkapkan borang pendaftaran baru (Sila rujuk senarai borang) di portal SSM.

• Perkhidmatan kaunter adalah alternatif sekiranya terdapat masalah teknikal sistem dalam talian dan tiada transaksi/permohonan yang belum ditawarkan melalui ezbiz oleh SSM

• Pemilik/rakan kongsi perlu hadir dikaunter untuk pengesahan pemilik
Apakah kelebihan mendaftar perniagaan secara online?
Penggunaan perkhidmatan ezbiz online adalah selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan membantu wawasan kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan secara atas talian dan manfaat lain iaitu:

• Permohonan boleh di lakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.

• Jimat masa (tidak perlu beratur dan menunggu giliran di kaunter)

• Jimat kos (pengangkutan/minyak dan parking)

• Proses pendaftaran dan intergriti maklumat lebih terjamin

• Pemegang akaun pengguna Ezbiz boleh memantau perniagaan berdaftar bila tarikh luput dan boleh melakukan pembaharuan perniagaan tersebut
Apakah perubahan perniagaan yang boleh dibuat bagi perniagaan berdaftar?
Pendaftaran Perubahan maklumat Perniagaan mestilah dibuat dalam masa 30 hari daripada tarikh perubahan

Perubahan maklumat perniagaan melibatkan perkara berikut:
• Alamat utama/operasi perniagaan
• Jenis perniagaan
• Alamat cawangan (Tambah atau Tutup)
• Pemilikan pemilik (Kemasukkan/Tarikdiri/Kematian)

Mengemukakan permohonan perubahan kepada Pendaftar/SSM (Sila rujuk Panduan dan Tatacara Pendaftaran Perubahan Perniagaan) di Portal SSM.

Fi pendaftaran ialah RM20.00 dan maklumat perniagaan RM10.00
Bolehkah perniagaan perkongsian menukar statusnya kepada pemilikan tunggal?
Perniagaan perkongsian boleh menukar statusnya kepada pemilikan tunggal atau sebaliknya (perniagaan berdaftar nama tred) melalui permohonan perubahan pemilikan (sila rujuk Panduan dan Tatacara Pendaftaran Perubahan Perniagaan​) di portal SSM.

Fi pendaftaran ialah RM20.00 dan maklumat perniagaan RM10.00
Bolehkah pemilik perniagaan menukar sesuatu nama perniagaan berdaftar?
Tidak boleh. Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, tiada peruntukan membenarkan sesuatu perniagaan berdaftar menukar nama perniagaan.

Pemilik boleh mendaftar perniagaan baharu dengan nama perniagaan yang lain.
Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Pendaftaran Perakuan Perniagaan?
Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan boleh di lakukan melalui:

• Portal ezbiz Online oleh pemegang Akauan pengguna ezbiz
• Mesin kiosk ezbiz di mana-mana Pejabat SSM
• Bank Simpanan Nasional atau Bank Kerjasama Rakyat Berhad terpilih
• Kaunter SSM alternatif sekiranya terdapat masalah teknikal pada sistem online
Fi Pembaharuan

• Perniagaan (nama sendiri) – RM30.00 setahun
• Perniagaan (nama tred)– RM60.00 setahun
• Setiap Cawangan – RM5.00 setahun

Pembaharuan perakuan pendaftaran boleh dibuat bila-bila masa sebelum tarikh luput dan tidak melebihi 12 bulan dari tamat tempoh pendaftaran perakuan tersebut.
Bolehkah sebuah perniagaan yang telah tamat tempoh perakuan pendaftaran melebihi 12 bulan memperbaharui pendaftaran perniagaan?
Tidak boleh.

Pemilik perniagaan tidak boleh memperbaharuan pendaftaran perniagaan yang telah luput melebihi 12 bulan Pemilik perlu perniagaan baru atau mendaftar semula perniagaan tersebut dengan nama perniagaan sama tapi dengan no. pendaftaran baru, dengan syarat nama perniagaan tersebut tidak didaftar oleh mana-mana peniaga
Berapa lamakah tempoh jangkamasa pendaftaran perniagaan atau pembaharuan sesebuah perniagaan?
​Sesebuah perniagaan boleh didaftarkan pendaftaran atau diperbaharui pendaftaran bagi tempoh tidak melebihi lima (5) tahun iaitu satu (1) sehingga lima(5) tahun dengan kadar fi yang ditetapkan.​
Bagaimanakah untuk mendaftarkan penamatan perniagaan?
Pemilik / rakan kongsi perlu memaklumkan kepada Pendaftar / SSM dalam masa 30 hari daripada tarikh operasi perniagaan ditamatkan. Bagi sesuatu perniagaan terbatal selepas kematian rakan kongsi dan tiada rakan kongsi yang masih hidup atau Orang yang Bertanggungjawab, wakil peribadi atau waris kadim hendaklah dalam masa 4 bulan dari tarikh kematian memgemukakan pemberitahuan penamatan pernaigaan kepada Pendaftar/SSM bagi perniagaan berdaftar yang masih aktif atau belum luput tempoh pendaftaran. Sila rujuk Panduan dan Tatacara Pendaftaran Penamatan Perniagaan​​ di portal SSM.

Tidak perlu mengemukakan pemberitahuan penamatan perniagaan jika perniagaan berdaftar yang telah luput tempoh perakuan pendaftaran.
Pemilikan tunggal perniagaan berdaftar meninggal dunia, apakah tanggungjawab waris?

Jika pemilik perniagaan bagi milikan tunggal meninggal dunia, waris Si mati, hendaklah memfailkan satu notis penamatan dalam Borang C dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh kematian.

Sekiranya perniagaan masih beroperasi, waris dibenarkan mendaftarkan perniagaan baru menggunakan nama perniagaan yang sama dengan nombor pendaftaran berbeza dengan syarat nama perniagaan tersebut tidak didaftarkan oleh pemilik perniagaan lain. Walaubagaimanapun kaedah ini hanya terpakai kepada perniagaan yang berdaftar menggunakan Nama Tred sahaja dan tidak terpakai kepada Nama Personal / nama seperti dalam Kad Pengenalan.

Waris boleh memohon surat pengesahan perniagaan yang ditamatkan dengan fi kadar ditetapkan bagi membolehkan berurusan dengan agensi berkaitan perniagaan berkenaan sebelum ini.
Bagaimanakah untuk mengesahkan penamatan perniagaan sekiranya perniagaan telah luput disebabkan permohonan penamatan perniagaan tidak boleh dikemukakan kepada Pendaftar/SSM?
Pemilik boleh mendapatkan “Surat Pengesahan Tamat Tempoh Pendaftaran Perniagaan (Business Expiry Confirmation Letter)”. Sila rujuk perkhidmatan e-Info dan Myd​ata​ di portal SSM bagi pembelian maklumat tersebut.​
Di manakah Borang Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi?
SSM menggalakkan pelanggan untuk melakukan pendaftaran melalui portal EzBiz Online. Namun, untuk kes-kes tertentu, pemilik perniagaan boleh memuat turun borang Pendaftaran Perniagaan melalui portal SSM (www.ssm.com.my​) untuk menghantar permohonan melalui kaunter.
Mengapakah maklumat nombor telefon bimbit dan e-mel terkini pemilik perlu dikemukakan?
No. telefon bimbit dan e-mel terkini akan disimpan di pangkalan data sistem SSM. Ia akan digunakan untuk memberi makluman kepada pemilik misalnya status permohonan, notis peringatan pembaharuan dan lain-lain pemakluman dari SSM dari masa ke semasa.
Bolehkah sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 mendaftarkan perniagaan?
Menurut seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai kepada perniagaan yang dipunyai sepenuhnya dan dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.​
Apakah tanggungjawab pemilik perniagaan?
• Mendaftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan dengan mengemukakan permohonan Pendaftaran Perniagaan baru kepada Pendaftar/SSM.

• Memperbaharui pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran atau pembaharuan terdahulu dengan mengemukakan Pembaharuan Pendaftaran perakuan Perniagaan kepada Pendaftar/SSM.

• Mendaftarkan perubahan butir perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlakunya perubahan alamat utama, jenis perniagaan, alamat cawangan dan maklumat pemilik dengan mengemukakan Permohonan Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan kepada Pendaftar/SSM.

• Pemberitahuan penamatan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan operasi perniagaan atau disebabkan kematian dalam masa 4 bulan dari kematian dengan mengemukakan Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar kepada Pendaftar/SSM.

• Mempamerkan Sijil Pendaftaran Perniagaan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan utama atau cawangan.

• Meletakkan papan tanda yang mempamerkan nama perniagaan di luar premis perniagaan, dan jika terdapat lebih daripada satu tempat perniagaan, di luar setiap tempat perniagaan itu

• Mempamerkan nama perniagaan dan nombor sijil pendaftaran di kepala surat, invois, bil dan lain-lain dokumen perniagaan.

• Mendapatkan lesen, permit, atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa berkaitan jenis perniagaan yang memerlukan kelulusan walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan dengan SSM.

Apakah kesalahan di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan kaedah-kaedah pendaftaran perniagaan 1957
• Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan atau meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

• Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

• Sesiapa yang didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau sebarang peraturan-peraturan di bawah Akta ini di mana tiada penalti disebut dengan nyata apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

]]>