Perakuan – ZAD https://www.zadgroup.com.my/site Setiausaha Syarikat, Perakaunan, Percukaian, Audit dan Perunding Profesional Syarikat Malaysia Sun, 10 Apr 2022 14:44:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 Cetakan Perakuan Pendaftaran https://www.zadgroup.com.my/site/pendaftaran-perniagaan-rob/cetakan-perakuan-pendaftaran-percuma-bencana-alam/ Fri, 25 Mar 2022 12:13:39 +0000 https://www.zadgroup.com.my/site/?p=7563
Pendaftaran Perniagaan (ROB)

Cetakan Perakuan Pendaftaran Percuma (Bencana Alam)

Apakah yang dimaksudkan dengan Inisiatif Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam
Insiatif SSM ini diwujudkan bagi membantu komuniti perniagaan yang terkesan dengan bencana alam untuk mendapatkan “Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam".
Siapakah yang layak untuk memohon inisiatif ini?
Pemilik perniagaan yang terlibat/ terkesan dengan bencana alam di Malaysia.
Apakah syarat, kriteria dan panduan pelaksanaan bagi inisiatif ini?
a) Pemilik perniagaan yang terkesan boleh hadir ke Kaunter Perkhidmatan SSM di seluruh negara;

b) Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D/E) sahaja yang diberikan kepada pemilik perniagaan yang terlibat dengan bencana alam di Malaysia;

c) Perakuan Pendaftaran perniagaan diberi sekali sahaja bagi setiap perniagaan di alamat Utama atau/ dan Cawangan;

d) Pemilik perniagaan perlu mengemukakan laporan polis atau dokumen berkaitan yang membuktikan bencana berlaku di premis perniagaan/ alamat kediaman pemilik perniagaan tersebut;

e) Tempoh pengecualian ini hanya berkuatkuasa dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya bencana alam.
Siapa yang saya boleh hubungi jika terdapat persoalan berbangkit berhubung permohonan ini?
​Sila majukan emel pertanyaan ke enquiry@ssm.com.my atau hubungi kami di talian 03-7721 4000.​
]]>